Tuesday, November 3, 2009
Jerangkung dalam almari
Masa : 9 malam - 3 pagi
aku tak pernah terfikir akan berhadapan dengan situasi di mana aku menjadi seolah-olah ustazah bagi memulihkan semangat 2 orang room-mate yang diserang histeria
seorang aku minta kekaseh hatinya melaungkan azan sekuat-kuatnya ke telinganya dan pantas sahaja aku membaca ayat Kursi dan menyapu ke seluruh mukanya..
tapi makin dibesarkan matanya dan dijegilkan ke arah Hana (room-mate depan bilik yang berbangsa asli)
Nur..room-mate yang selalu tidur di sebelah aku terkejut lantas menangis dan berlari masuk ke dalam bilik dan menangis dan menangis dalam tempoh setengah jam..
aku terus salin pakaian yang leboh sopan dan mula membaca ayat Kursi untuk disapukan ke mukanya..
tapi..aku ditepis dengan kasar..
tangan dan badan Nur mula keras dan kaku..
Hana..Yana dan Fara sedaya upaya baringkan Nur dan cuba untuk membuka genggaman tangannya..
perasaan takut masih disimpan dalam hati..
bulu tengkuk meremang..
bulu roma meremang..
lantas aku telefon consultant engineer aku (azman) untuk tolong kami..
Alhamdulillah..dia datang bersama ustaz dan orang kampung yang prihatin..
di situ pertama kali aku saksikan Nur bertukar menjadi sesuatu..
menjerit-jerit dan masih menangis..
hati berdebar-debar..
"sesuatu" itu adalah mainan orang akibat dari Ema yang aku suruh kekasehnya azan di telinga..
ibu kekasehnya ada "sesuatu" yang sentiasa mengekori anaknya..
kisah diceritakan ustaz..
hati makin berdebar-debar..
ustaz berpeluh-peluh melawan "sesuatu" yang dinamakan *antu ra*a..
jadi sudah mengetahui dan sangat takut tapi dikuatkan semangat
sampai 3 pagi..
Alhamdulillah..Nur dapat dipulihkan..
diberikan kami pendinding diri..
tapi ustaz pandang aku sambil kata "awak ada mimpi pelik tak 2-3 malam ni?"
"ada..ular hitam nak patuk saya..tapi ada orang tolak"
"hmmm..awak sebenarnya yang dihantar orang tu..tapi Alhamdulillah..Allah lindung awak"
"saya?kenapa??"
"awak ada sakitkan hati siapa-siapa ke?ada orang nak dekat awak..dia buat jahat dekat awak..tapi awak kuat..Alhamdulillah..tapi pekan kecil ni..banyak yang jahat..berhati-hati apa yang awak buat..makan.."
aku terfikir tak salah mimpi-mimpi mama risaukan aku..hmmmm
"esok awak datang rumah saya..bawa air 4 botol"
"InsyaAllah ustaz"
dan..
aku tak tidur sehingga 7 pagi memikirkan siapa yang sanggup buat benda yang tak elok ini untuk aku?
hmmm..
Ya Allah Ya Rabbi..Engkau berikanlah perlindungan kepada hamba-Mu dari segala kejahatan yang datangnya dari manusia yang mensyirikkan Engkau Ya Allah..Engkau lindungilah aku..Amin..
Monday, November 2, 2009
kotak hati
keliru dan celaru
hati..
jantung..
makin berdegup kencang
aku sukar mahu bernafas
bila nafsu menguasai..
tidak relevan segala pemikiran..
semuanya akan kontra..
So what's the plan now?
Are we or won't we?
So what's the deal now?
Should we or shouldn't we?
You've taking over my head again,
I'm folding each memory in,
Asking permission to keep it in your
Empty,
When will you love again,
Empty.. is what you are,
Without the nice things you had before
So was it to
we or weren't we?
Did it come back for you?
Now there you finally see
It's already been gone too long
I shoudn't have pick up the phone
I'm asking permission to pretend
That we've moved on
Empty,
Is what you'll find in here
Empty..is you'll see,
A lot of things i've offered you
What am i to you?
Was i or wasn't i?
So what you said was true,
Did you or didn't you?
You've taking over my head again,
I'm folding each memory in,
Asking permission to keep it in your hands
Empty,
When will you love again,
Empty.. is what you are,
Without the nice things you had before
Was it love to you
kenapa?
Tuesday, October 13, 2009
penat + letih + rindu
kau fikir 2-3 kali..
jangan jadi macam aku
title : project engineer
pergi mana-mana orang tanya engineer..
wah gahnya..
tapi dalam hati tak tahu nama sahaja gah..
kerja macam kuli lebih-lebih lagi dengan bos yang bukan bangsa sendiri
aku bukan racist..
tapi dulu aku gelak bila cakap bangsa aku tetap akan tolong bangsa sendiri
tapi sekarang aku menangis sebab betul-betul menyesal
jadi sekarang
title sahaja tapi kerja macam kerani sampaikan bayar duit astro pun aku yang handle..
what the fuck!
serius aku banyak menangis..
aku letih
i need a break
and friday please la..i'm not in love anymore!
Wednesday, October 7, 2009
Firstly, rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih rahmat.
Dan takziah aku ucapkan kepada penduduk Padang yang kehilangan keluarga atau orang-orang tersayang di dalam kejadian gempa bumi yang turut dirasai oleh segelintir rakyat tempatan di sini.
Keadaan aku di Kuala Rompin buat masa ini Alhamdulillah. Aku masih waras dan masih berada di peringkat belajar lagi. Terima kasih banyak kepada Sundram (Site supervisor) dan semua pekerja di sini yang banyak menolong aku walaupun aku baru sahaja bergelar seorang jurutera setahun jagung ni.
Perbualan dengan mama, si dia dan sepupu aku, banyak buat aku berfikir. Now, I really need to think about my future desperately. Aku fikir boleh aku mahu kekal menjadi jurutera, tapi aku akan lebih selesa bekerja dengan kerajaan. Jadi, aku mengambil langkah dengan melayari semua website kerajaan dan mencari peluang pekerjaan sebagai jurutera. Ramai (lotsaaaaaaaaa) kenalan aku yang menasihatkan aku untuk mencari tempat di sector kerajaan disebabkan terlalu banyak benefit untuk aku seorang perempuan. Mungkin Cuma hanya mengisi boring s.p.a sahaja tidak cukup, tapi aku kena berusaha lebih supaya aku dapat apa yang aku inginkan. Jadi aku mula mengorak langkah demi langkah. Bersama doa dari mama dan keluarga, aku betul-betul berharap aku mendapat tempat di sector kerajaan. Memang aku boleh berada si sektor swasta, tapi aku tak mahu mama risau aku terpaksa pergi jauh (macam sekarang..i'm the only woman handle this project at Kuala Rompin). Hati mama tak tenang, hati si dia gundah gulana juga walau tak disuarakan. And I have to work at the middle of the night and wait for the low tied so that my workers can lay goetextiles easily. Bayangkanlah perasaan aku yang memang tahu site tu creepy dan berpenunggu. Tapi pesanan mama, ayah, adik-adik, si dia dan saudara mara yang mengambil berat supaya tidak tinggalkan solat dan sentiasa berdoa meminta perlindungan dari Allah tidak pernah aku abaikan. Selalu tersemat dalam hati, dalam minda.
Oh, dan sekarang aku sedang bersabar menunggu loan untuk beli Viva Elite Ezi. Keep waiting.
Walau banyak dugaan, tapi aku bersabar. Dan masih lagi sedang mengambil lesen P kali ini. insyaAllah ,by the end of October, dah ada kereta (amin) dan dah boleh drive. Nasihat : semasa belajar dan banyak masa, WAJIB ambil lesen kereta and stop give some stupid reason that you don't have time to take a driving licence. Sangat sangat sangat menyesal sebab degil tak mahu ambil lesen sebab kawan baik aku meninggal sebab kemalangan dan buat aku trauma mahu drive dan ada lesen. Ok, aku tipu mama kata tiada masa mahu ambil lessen walhal aku takut. Tapi, sekarang menyesal tak sudah.
*Long sigh*
sangat penat bekerja..hmmmm
Monday, September 14, 2009
dari sudut hati yang luka
“mulut diam..jantung diam..hati diam”
terlalu banyak yang terluka..
aku dia semua..
jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja
dia inginkan kebebasan
dengan hasrat menyatakan aku tiada hak untuk menghalang..
aku rasa hati aku sendiri faham apa yang cuba disampaikan
aku rasa tempoh masa hampir 3 tahun
belum cukup lagi untuk betul-betul memahami diri kami berdua
kata-kata yang aku rasa tidak disengajakan terlalu banyak buat aku luka terlalu dalam
mungkin aku cuma perlu kunci mulut dan mungkin hati
sedih bila orang yang kita rasakan sebahagian dari hidup kita
rupa-rupanya bukan dari separuh itu
mungkin jalan yang terbaik cumalah diam
syhhhhh
:(
:(
:(
kadang-kadang untuk suatu tempoh masa yang lama, kita rasa kita cukup untuk mengenali seseorang
tapi tanpa kita sedar, semakin kita mengenali dia, semakin kita jauh dari dia
mungkin silap aku kerana sukar mahu mempercayai
hari ini, aku menangis, menangis untuk diri sendiri kerana aku selalu, banyak kali sebenarnya menasihati orang supaya pegang prinsip percaya dan mempercayai
tapi aku?mungkin betul, aku takut dengan bayang-bayang sendiri
mungkin sejarah yang pernah berlaku sebelum ini buat aku takut
takut untuk terlalu sayangkan seseorang
takut menjadikan seseorang istimewa dalam hidup aku
kemudian satu hari dikhianati
mungkin aku takut keadaan itu berlaku dalam hidup aku
sering kali bila aku betul-betul gembira dan selesa dengan suatu perhubungan
di akhirnya, aku juga kecewa
aku tak mahu lagi berasa kehilangan
cukup aku kehilangan orang yang betul-betul memahami aku 3 tahun lepas (Al-Fatihah)
dan aku tak mahu lagi satu kehilangan
tapi aku mahu, diberikan aku waktu..masa untuk memahami semua ini
mungkin sebab pertama kali berjauhan dan masing-masing sedang cuba berada di satu tahap yang lain..
mungkin sebab itu aku terasa jauh dan berganda-ganda sensitif
*long sigh*
Ya Allah, sesungguhnya aku Cuma hamba-Mu yang lemah. Engkau berikanlah aku kekuatan
Saturday, September 12, 2009
rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari
owh..aku nampak gelap sedikit..
hasil duduk di rompin selama 1 minggu..hmmm..dan pulang semula ke rompin selepas ini
selamat kembali ke pantai hiburan!
p/s : terima kasih banyak kepada sepupu terbaik saya yang sudi ikut saya menggemukkan badan di restoran seri malaysia tempoh hari :)
